PENYANYI Ari Lasso kini lebih terbuka berkongsi kisah peribadi termasuk hubungan cintanya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Dearly Joshua.Memberi bayangan mereka bakal berkahwin, Ari Lasso, 52, bagaimana pun meminta orang ramai untuk tidak terus bercakap tentang hubungan mereka. "Minta sokongan semua, saya harap perkara ini segera berakhir. Biarkan kami meneruskan hidup dengan tenang," katanya menerusi laman Instagram peribadi miliknya.Ari Lasso minta percintaannya tidak dijadikan kisah sensasi. Dalam masa sama penyanyi ini juga memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima kehadiran orang baharu selepas dikhabarkan bekas isterinya juga kini sedang bercinta.Namun dia dan Vita Dessy enggan kisah romantis itu menjadi bualan kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan mental anak-anak mereka."Satu masa nanti, jika Tuhan mengizinkan, dia bakal menjadi bapa pengganti kepada anak saya."Begitu juga sebaliknya, saya bersedia untuk menjadi bapa kepada anak-anak Dearly.ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani rai status duda sahabat, Ari Lasso sempat bergurau isu penceraianARTIKEL BERKAITAN: Seram! Kisah Ari Lasso buat konsert depan jin viral di TikTok, siap diingatkan jangan mandi selepas balik hotel"Hubungan antara kami baik sahaja. Biar anak-anak kami membesar secara normal, supaya kesihatan mental mereka tidak terganggu," tambahnya lagi.Untuk rekod, Ari Lasso dan Vita Dessy berkahwin pada tahun 1999 namun sah bercerai pada Februari lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seramai lima orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube