suria

Lady Gaga muncul di medan selera, nikmati mi udang dan milo dinasour

Gaga dilihat tidak kekok dan bersahaja menikmati hidangan di medan selera.

KEMUNCULAN penyanyi terkenal Lady Gaga di sebuah medan selera di Singapura pada Selasa menjadi perhatian ramai.

Penyanyi berusia 39 tahun itu tampil serba hitam mengenakan bodysuit sambil berkaca mata hitam bagi melindungi matanya daripada sinaran cahaya matahari.

Walaupun hanya singgah makan di medan selera, Gaga turut melengkapkan gayanya dengan memakai kasut bertumit tinggi.

Gaga dilihat singgah makan di medan selera pada Selasa.

Menerusi video yang tular, Gaga turut ditemani beberapa kenalan termasuk pengawal keselamatan ketika berada di Medan Selera Maxwell itu.

Tunang Gaga iaitu Michael Polansky turut berada bersama penyanyi berkenaan. 

Apa mencuri perhatian, Gaga dilihat menikmati mi udang bersama minuman milo dinasour selain beberapa menu lain bersama pasukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby bump’ bukan sebab hamil, Lady Gaga dah lama tak bersenam

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga mengaku dah bertunang depan PM Perancis, sama-sama tonton Olimpik Paris 2024

Meskipun bergelar bintang terkenal dunia, Gaga dilihat tidak kekok dan bersahaja menikmati hidangan di medan selera tersebut.

Kehadirannya ke medan selera itu menarik perhatian ramai yang seolah-olah tidak percaya Gaga berada di situ. 

Sebaik sahaja mahu meninggalkan medan selera itu, beberapa peminat menyapanya dan Gaga membalasnya dengan ramah.

Gaga menghiburkan peminat di Singapura selama empat hari.

Tidak hanya itu sekumpulan peminat berkumpul juga melakukan sorakkan untuknya.

Malah dia juga sempat berhenti untuk menandatangani album Mayhem milik seorang peminat sebelum menuju ke kenderaan. 

Lady Gaga kini berada di Singapura untuk siri konsert eksklusif Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura selama empat hari bermula pada 18, 19, 21 dan 24 Mei 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain