SEORANG jurugambar memfailkan saman terhadap penyanyi Jennifer Lopez kerana menyiarkan foto dirinya dalam sebuah acara tanpa kebenaran.
BBC melaporkan, Jennifer berkongsi foto ketika berada di Amazon MGM Studios dan parti Vanity Fair yang diadakan di Los Angeles Januari lalu.
Foto-foto yang dikongsi itu menunjukkan Jennifer menggayakan busana rona putih bersama kot berbulu di luar parti yang berlangsung di Chateau Marmont, Los Angeles.
Jennifer disaman kerana berkongsi foto tanpa izin.
Jurugambar yang dikenali sebagai Edwin Blanco dan agensinya, Backgrid masing-masing memfailkan saman dengan menyatakan kedua-dua foto yang dimuat naik penyanyi berkenaan mempunyai hak cipta.
Dalam pada itu, Blanco memberitahu foto itu dimuat naik bersifat komersial selain mempromosi dan cuba menarik perhatian peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez cari pengganti Ben Affleck, mahu bakal suami bukan dalam kalangan selebriti
ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali bergelar janda, Jennifer Lopez dan Ben Affleck sah bercerai
Katanya, Jennifer memuat naik foto tersebut di Instagram dan X dengan kapsyen ‘GG (Golden Glove) Weekend Glamour’ dan kemudiannya dikongsi oleh ramai peminat dan blog fesyen.
“Penggunaan foto tanpa kebenaran yang dikongsi oleh Jennifer adalah bersifat komersial untuk tujuan promosi diri,” katanya.
Blanco dan agensinya itu menuntut sehingga $150,000 (RM64,000) bagi setiap satu gambar yang dimuat naik.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!