NAIB juara Indonesian Idol musim ke-13 iaitu Fajar Noor mendapat sokongan luar biasa peminat walaupun gagal menjuarai program tersebut.
Ramai menyamakan bakat nyanyian Fajar atau Fajar Nurdiansyah, 21, setara dengan penyanyi terkenal Afgan selepas mereka berduet pada peringkat akhir program itu pada malam Isnin.
Tidak hanya itu, mereka juga percaya Fajar boleh menjadi pesaing Afgan selepas ini jika dia konsisten dalam kariernya.
Fajar ketika berduet bersama Afgan.
Malah perkara itu dipersetujui salah seorang juri iaitu penyanyi Maia Estianty apatah lagi sudah lama tiada bakat sehebat Afgan sebelum ini.
Maia turut meminta Afgan berhati-hati dengan Fajar kerana karakter vokal mereka berdua dianggap memiliki persamaan..
"“Afgan hati-hati, awak ada saingan baru. Vokal anda berdua cukup mirip,” katanya.
Ketika episod Result And Reunion pada Isnin, Shabrina atau Shabrina Leonita, 25, diumumkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak 150 juta rupiah (RM39,200), sebuah kereta serta pakej percutian.
ARTIKEL BERKAITAN: Banyak projek dengan artis antarabangsa tapi Afgan tak terfikir untuk berhijrah, ada alasan mahu terus berkarya di Indonesia
ARTIKEL BERKAITAN: Aksi mesra bersama Jessi dikecam, Afgan cuma sampaikan mesej ikut kesesuaian lagu
Shabrina menyampaikan dua buah lagu pada malam berkenaan iaitu Bawalah Cintaku berduet bersama Afgan dan Karena Kusanggup nyanyian asal Agnez Mo.
Manakala Fajar menyampaikan lagu Lenggang Puspita (duet bersama Afgan) dan Hampa (Ari Lasso).
Fajar membawa pulang wang tunai sebanyak 100 juta rupiah (RM26,000) dan sebuah kereta serta pakej percutian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!