ANAK perempuan mendiang pelakon Choi Jin Sil mendakwa menjadi mangsa penderaan bekas teman lelakinya sehingga memberi kesan kepada mental dan fizikalnya.
Choi Jun Hee berkata, bekas kekasihnya itu sering melemparkan kata-kata kesat dengan menghina sebagai gemuk kerana berat badannya mencecah 96 kilogram.
Katanya, lelaki berkenaan bukan sahaja menghina fizikalnya tetapi sentiasa mengingatkan dia bertuah memilikinya sebagai kekasih.
“Dia mendera mental saya dengan kata-kata kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan saya berasa rendah diri.
Mental Jun Hee terganggu apabila sering dihina gemuk.
“Dia selalu minta saya bersyukur sebab dia mahu bercinta dengan saya kerana jika tidak, tiada siapa mahu saya yang berbadan gemuk,” katanya.
Jun Hee berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya.
Bagaimanapun kata Jun Hee, kesemua penghinaan itu turut memberi semangat kepadanya untuk berubah dan menjalani kehidupan sihat selepas mereka berpisah.
Kesan penderaan mental itu, Jun Hee memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 55 kilogram dan kini mendapat bentuk tubuh diidamkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Mendiang Choi Jin Sil Didera Nenek
ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang kejadian buruk berulang, Jin BTS ‘warning’ peminat jangan sentuhnya
“Selepas turun 55 kilogram, pandangan saya terhadap percintaan juga berubah.
“Saya mula sedar bagaimana seorang lelaki melayan saya dan paling penting saya sedar mereka perlu menghormati saya,” katanya.
Jun Hee memberitahu penampilan terkininya juga membuat dia kembali yakin mencari cinta sejati.
Pun begitu, dia juga sedar tidak boleh mengharapkan kasih sayang seorang lelaki sebaliknya perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu.
Choi Jin Sil meninggal dunia pada 2008.
“Soal teman lelaki jatuh nombor dua. Apa lebih penting adalah saya dapat menjalani kehidupan sihat.
“Sepanjang proses menurunkan berat badan saya juga belajar menyayangi diri sendiri,” jelasnya.
Pada 2017, Jun Hee mendakwa dia hidup dalam tekanan sejak kematian ibunya apabila menjadi mangsa dera neneknya sendiri.
Untuk rekod, Jin Sil meninggal dunia pada Oktober 2008 dipercayai akibat bunuh diri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!