suria

Anak Mendiang Choi Jin Sil Didera Nenek

Status didera yang dimuat naik Choi Joon Hee menarik perhatian pihak polis.

ANAK kepada mendiang pelakon Choi Jin Shil iaitu Choi Joon Hee baru-baru ini ada memuat naik status di laman sosial berkenaan dia didera oleh neneknya.

Pada Ahad lalu, pihak polis Seoul Seocho mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa mereka akan mula menyiasat status didera nenek kandung.

Terdahulu, Choi Joon Hee memberitahu dia telah didera oleh nenek sendiri disebabkan status laman Facebooknya.

Choi Jin Shil meninggal dunia pada 2008 kerana membunuh diri.

Menerusi laporan Soompi.com, pihak polis berkata pergaduhan di antara Choi Joon Hee yang berusia 13 tahun dan neneknya berlaku pada malam sebelum dia memuat naik status tersebut.

"Kes masih dalam siasatan dan belum ada maklumat terkini lagi. Apa yang boleh diberitahu, kejadian berlaku pada malam sebelum Choi Joon Hee memuat naik status tersebut," kata wakil pihak polis. 

Selepas status tersebut menjadi perhatian, Choi Joon Hee masih berterusan menulis tentang kejadian yang berlaku pada diri dia menerusi akaun media sosialnya.

Choi Jin Sil, Choi Joon Hee

Artikel Lain