Mengaku Biseksual Aaron Carter & Teman Wanita Berpisah - Bintang Global | mStar

Mengaku Biseksual Aaron Carter & Teman Wanita Berpisah

Aaron mengumumkan perpisahan dengan teman wanitanya, Madison Parker selepas mendedahkan dirinya seorang biseksual.

PENYANYI Aaron Carter mengumumkan perpisahan dengan teman wanitanya iaitu Madison Parker sehari selepas dia mendedahkan dirinya seorang biseksual di laman sosialnya.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pihak pengurusannya, Aaron, 29, memberitahu keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama dan mereka masih kekal sebagai sahabat baik.

"Aaron dan Madison saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain dan keputusan ini dibuat secara bersama," kata kenyataan itu seperti dilaporkan People.

Aaron yang juga adik kepada Nick Carter daripada kumpulan Backstreet Boys itu mengejutkan peminat apabila mendedahkan seksualiti sebenarnya dan mengakui pernah mempunyai hubungan dengan lelaki.

Aaron menyifatkan pendedahan mengenai seksualitinya sebagai melegakan.

"Ketika saya berusia 13 tahun, saya mula tertarik pada lelaki dan wanita.

"Pada usia 17 tahun, selepas beberapa perhubungan dengan perempuan, saya pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki yang saya membesar dan bekerja bersama dia," dedahnya.

Penyanyi itu juga memberitahu pendedahan itu bukannya memalukan malah lega apabila dapat berterus terang kerana ia beban berat yang terpaksa dipikulnya selama bertahun-tahun.

"Berat dan beban yang saya pikul akhirnya telah dialihkan daripada badan saya. Saya lega dan tidak berasa malu dengan pengakuan ini," katanya.

Aaron Carter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"