suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat selar tindakan Lisa hantar nama ke Anugerah Emmy, anggap belum layak tercalon

Percalonan Lisa jadi bahan kritikan.

PENYANYI Lisa menerima kritikan hebat apabila pihak pengurusannya menghantar namanya untuk dipertimbangkan sebagai calon Anugerah Emmy 2025.

Nama anggota kumpulan Blackpink itu  dihantar bagi dinilai untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam siri HBO The Whote Lotus musim ketiga yang ditayangkan pada Januari lalu. 

Bagaimanapun ramai kurang senang dengan perkara itu malah menganggap nama Lisa tidak layak dihantar untuk penilaian apatah lagi dicalonkan.

Babak Lisa di dalam The Whote Lotus musim ketiga.

Mana tidaknya, Lisa hanya muncul kurang daripada 10 minit dalam siri berkenaan.

“Layak ke dapat pencalonan kalau setakat berlakon tak sampai 10 minit?

“Tak pernah perasan dia dalam The White Lotus, boleh berlakon ke dia?" antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji penampilan Lisa, semakin bergaya berbanding bersama Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink trauma, dikejar peminat fanatik sampai ke rumah

Pengumuman pencalonan akhir Anugerah Emmy 2025 akan dibuat pada 15 Julai depan.

Manakala malam kemuncak anugerah tersebut bakal berlangsung di Peacock Theater pada 14 September depan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain