suria

Peminat tak senang duduk, Nicholas Saputra ‘belanja’ gambar ‘shirtless’

Nicholas berkongsi foto tidak memakai baju sewaktu mandi di sebuah sungai.

NAMA pelakon Nicholas Saputra kembali menjadi bualan netizen gara-gara sebuah foto yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya. 

Nicholas, 41, yang kebiasaannya hanya berkongsi foto pemandangan alam mengejutkan peminat apabila memuat naik gambar dirinya sedang mandi di sebuah sungai tanpa memakai baju. 

Dengan kapsyen ringkas bertulis ‘2015 recreate’ (mencipta semula 2015), foto yang dipercayai diambil di sungai Tangkahan, Sumatera Utara, Indonesia itu menerima lebih 200 ribu tanda suka dan hampir 30 ribu komen. 

Nicholas menjadi bualan ramai di media sosial. 

Rata-rata netizen tidak tentu arah melihat ketampanan Nicholas dengan meninggalkan komen usikan terhadap pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu. 

“Tenang, tenang… Tahan nafas girls. Rasa segar lepas buka telefon (IG). 

“Harap bersabar, ini ujian. Sangat indah pemandangan alam ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Di mana nasi lemak saya” - Ramai mula tak keruan, Nicholas Saputra dah sampai Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Nicholas Saputra tak pernah rasa kemeriahan Syawal di kampung, peminat pelawa raya bersama

“Penantian selama beberapa tahun, boleh dekat lagi tak,” tulis netizen. 

Sebelum ini, Nicholas sempat mengejutkan peminat apabila menukar foto profil di Instagram dengan menggunakan gambar swafoto dirinya. 

Selama ini, akaun yang memiliki seramai 1.8 juta pengikut itu tidak pernah dilihat berkongsi foto peribadi termasuk sebarang promosi kerja membabitkan aktor berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain