suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicholas Saputra tak pernah rasa kemeriahan Syawal di kampung, peminat pelawa raya bersama

Nicholas rindu mahu berkumpul bersama keluarga di Aidilfitri.

PELAKON Nicholas Saputra tidak pernah merasai keseronokan meraikan hari raya di kampung kerana ibu bapanya memang berasal dari Jakarta, Indonesia.

Nicholas atau Nicholas Schubring Saputra, 40, berkata, dia hanya pulang berhari raya di kediaman keluarganya yang tidak jauh daripada rumahnya.

"Saya tak pernah rasa pulang ke kampung sebab keluarga saya semuanya berada di Jakarta.

"Paling tidak saya hanya mengunjungi kediaman ibu yang tidak jauh daripada rumah saya," katanya.

nico - 1

Nicholas tidak pernah merasai suasana beraya di kampung.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta ini memberitahu walaupun tidak mempunyai kampung namun dapat berkumpul bersama keluarga adalah perkara paling dinanti-nantikan.

"Apa yang saya rindukan adalah berkumpul dengan keluarga dan makan bersama," ujarnya.

Pendedahan Nicholas itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen terutama wanita yang sukarela menawarkan pelakon itu meraikan Aidilfitri di kampung mereka.

"Mas (abang), pulang sahaja ke kampung saya di Kota Tasik (Jawa Barat), biar saya kenalkan dengan ibu bapa saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali 'upload' foto wanita tanpa kapsyen, Nicholas Saputra bikin peminat patah hati! - "Ada yang retak tapi bukan kaca"

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit filem AADC dedah pernah halang hasrat Nicholas Saputra untuk berkahwin 15 tahun lalu

"Ya sudah, pulang ke kampung saya sahaja bang," tulis netizen.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang memberitahu Nicholas terlalu menjaga privasi sehingga ada yang tidak tahu bahawa dia seorang Muslim.

"Terlalu merahsiakan kehidupan peribadinya, ada juga peminat yang terkejut apabila mengetahui Nicholas seorang Muslim," ujar netizen.

Untuk info, Nicholas mempunyai kacukan Indonesia-Jerman kerana bapanya iaitu Horst Schring berasal dari Jerman manakala ibunya berasal dari Jogjakarta, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia