NAMPAKNYA ramai yang patah hati apabila pelakon Indonesia, Nicholas Saputra buat pertama kali memuat naik foto seorang wanita di laman sosial Instagram miliknya pada Isnin. Pelakon Ada Apa Dengan Cinta ini menarik perhatian netizen berikutan dia tidak pernah memuat naik foto selain berkaitan keindahan alam.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Selfie pertama 'Rangga' di laman sosial Nicholas turut meletakkan pautan akaun wanita itu iaitu pelakon baharu Caitlin North Lewis tanpa sebarang kapsyen. Posting itu membuatkan netizen yang meminati aktor itu meninggalkan komen patah hati. Nicholas muat naik foto wanita yang dipercayai pelakon baharu. "Ada yang retak tapi bukan kaca" "Otw patah hati berjemaah" "Cuma foto tanpa kapsyen tapi kenapa boleh patah hati?" ujar netizen. Aktor itu memuat naik swafoto pertama di Instagram pada tahun 2019 dan memadamnya beberapa hari kemudian. Dia menjadikan swafoto itu sebagai foto profil akaun tersebut sehingga kini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!