Kecoh! Selfie pertama 'Rangga' di laman sosial - Bintang Global | mStar

Kecoh! Selfie pertama 'Rangga' di laman sosial

Nicholas buat pertama kali selfie di laman sosialnya.

PELAKON Indonesia yang popular dengan filem Ada Apa Dengan Cinta iaitu Nicholas Saputra buat pertama kali memuat naik foto selfie di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Nicholas atau popular dengan watak Rangga ini turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat negara itu yang turun mengundi pada Pilihan Raya Umum Indonesia 2019.

"Baiklah... Terima kasih kepada teman-teman yang sudah ikut berpartisipasi dalam pemilu 2019. Tetap damai dan selamat merayakan demokrasi.

"Posting ini akan dihapus dalam waktu 24 jam," tulisnya.

Nicholas akan membuang foto tersebut dalma tempoh 24 jam.

Pada Khamis lalu, Nicholas bersama pasangan gandingannya Dian Sastrowardoyo mengajak rakyat Indonesia untuk menggunakan hak bersuara pada Pilihan Raya Umum Indonesia yang berlangsung pada Rabu.

Selain itu, beberapa pelakon Indonesia lain seperti Baim Wong, Lukman Sardi, Mira Lesmana turut melakukan perkara sama.

Nichloas pada instastory turut membaritahu bahawa dia melakukan tanggunjawab memilih pemimpin berikutan cintakan demokrasi.

Sebelum ini, akaun Instagram peribadi milik pelakon itu hanya memuat naik foto-foto pemandangan negara-negara yang dilawatinya.

Foto selfie yang dimuat naik satu jam lalu sudah menerima lebih 100,000 tanda suka dengan 19 ribu komen peminatnya.

Rata-rata peminat teruja dengan selfie pertama itu dan meminta pelakon berkenaan tidak memadamnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain