suria

Pintu rumah jadi perhatian, Luna Maya tutup dengan plastik tebal

Luna Maya dikatakan mengubahsuai pintu mewah di rumahnya. Foto Instagram @lunamaya

NAMPAKNYA bukan sahaja kisah cinta Luna Maya mendapat perhatian ramai, malah pintu rumahnya turut menjadi bahan berita di Indonesia.

Menurut portal TribunSeleb ketika kunjungan team Grid.ID ke rumah penyanyi berkenaan mendapati pintu rumah Luna ditutupi dengan plastik tebal.

Malah, semasa kedatangan media itu, Luna dipercayai tiada dikediamannya dan hanya sebuah kereta jenis Toyota yang diparkir di hadapan rumah.

Suasana di hadapan rumah Luna Maya ketika kunjungan tim Grid.ID.

"Ya, mungkin rumah dan pintu itu sedang renovasi.

"Mereka ada pengawal sendiri dan kawalan sangat ketat di rumahnya," kata salah seorang pengawal perumahan tersebut.

Rakaman dari pagar rumah mendapati hanya pintu utama ditutupi dengan plastik tebal dan masih belum ketahui apakah punca dia berbuat demikian.

Menerusi Instagram, Luna kini sedang berada di Amerika Syarikat, menghadiri Festival Muzik Coachella di California.

SUMBER: GRID.ID

Luna Maya

Artikel Lain