suria

Seungri didakwa guna wang songlap untuk bayar khidmat guaman kes serangan seksual DJ

Seungri berdepan tuduhan menggubah wang haram Yuri Holdings.

PENYANYI Seungri berdepan tuduhan menggunakan wang dana yang disonglap dari Yuri Holdings untuk membayar perkhidmatan guaman melibatkan salah seorang DJ di kelab malam miliknya, Monkey Museum.

Menurut laporan Channel A, Seungri menggubah wang sebanyak RM40,000 (USD 9,694) daripada Yuri Holdings yang juga menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat terbabit.

Dalam pada itu, siasatan polis mengesahkan Sungri turut menggunakan wang berkenaan untuk membiaya perkhidmatan guaman bagi mewakili salah seorang pekerja di Monkey Museum.

Sementara itu, DJ kelab berkenaan disiasat atas dakwaan serangan seksual yang dilakukannya terhadap seorang wanita mabuk, bulan lalu.

Seungri bagaimanapun menafikan dia terlibat dalam sebarang penggubahan wang haram.

Seungri, Big Bang, DJ

Artikel Lain