suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 kali kena ‘reject‘, doktor akhirnya berjaya tawan hati pelawak

Maeng Seung Ji terbuka hati ingin berumah tangga.

PELAWAK Korea Selatan, Maeng Seung Ji mendedahkan dia pernah menolak cinta seorang lelaki sebanyak 20 kali sebelum akhirnya terbuka hati untuk menerima individu berkenaan sebagai kekasih.

Maeng, 40, berkata lelaki itu tidak pernah berputus asa untuk memikat hatinya sehingga membuatkan dia akhirnya menerima cinta tersebut.

Dia berkongsi kisah percintaan mereka menerusi sebuah video di media sosial berjudul Kisah Berkenalan dengan Teman Lelaki Saya.

Antara foto yang dikongsikan Maeng di media sosial bersama kekasih hati.

Video itu memaparkan perjalanan hubungan mereka sejak pertemuan pertama sehingga akhirnya menjalinkan hubungan romantis.

Lebih menarik, teman lelakinya yang bekerja sebagai doktor sanggup berpindah ke kawasan kediamannya selepas tiga hari mereka menjalin hubungan.

Kesungguhan lelaki itu membuatkan Maeng mula memikirkan soal perkahwinan, sesuatu yang sebelum ini kurang diberi perhatian olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Solbi umum kahwin... Netizen ungkit semula kenyataan mahu lelaki miliki ‘benih’ sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Aktres pernah hamil zaman sekolah, nafi jalin hubungan dengan lelaki demi wang

Malah dia juga merasakan sudah tiba masanya untuk mula membuat persiapan ke arah alam rumah tangga.

Perkongsian tersebut menarik perhatian peminat yang rata-rata mendoakan agar hubungan pasangan itu berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.

Artikel Lain