LAMA menyepi daripada dunia hiburan, pelakon Jepun Maya Imamori tampil mendedahkan beberapa kontroversi yang pernah mengaitkan dirinya, termasuk pengalaman hamil ketika masih di bangku sekolah.Menerusi satu temu bual di saluran YouTube, Maya mengakui pernah hamil sewaktu di sekolah menengah ketika menjalin hubungan dengan teman lelaki pertamanya. Menurut Maya, teman lelaki ketika itu sering bersikap kasar terhadap dirinya.Maya sangat terkenal dengan siri 'Sentai Gozyuger'Bagaimanapun, dia menegaskan tidak pernah menggugurkan kandungan tersebut, namun memilih untuk tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara yang berlaku selepas itu.Dalam temu bual sama, Maya turut menafikan dakwaan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki demi mendapatkan wang.Sebaliknya, dia mendedahkan pernah bekerja sementara sebagai pelayan di sebuah kelab malam.Pendedahan tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata terkejut.ARTIKEL BERKAITAN: Olivia Rodrigo dikecam, ‘kantoi‘ sapu peluh ketiak menggayakan rambutARTIKEL BERKAITAN: Tanah dan aset RM91,000 dijual tanpa izin, Farel Prayoga tuntut keluarga pulangkanPada November 2025, Maya mencetuskan kontroversi selepas didakwa mengambil minuman beralkohol ketika masih di bawah umur.Susulan insiden itu, dia disingkirkan daripada siri Sentai Gozyuger, yang merupakan sebahagian daripada francais Super Sentai, selain kontraknya turut ditamatkan.Malah, pelakon itu juga dilaporkan digugurkan daripada sebuah lagi projek siri televisyen.Kontroversi berkenaan dipercayai memberi kesan terhadap perjalanan kerjayanya sehingga Maya dikatakan meninggalkan industri hiburan.