SEORANG pelakon yang kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif sebuah agensi hiburan di Korea Selatan kini disiasat pihak polis selepas didakwa melakukan penipuan dan memalsukan dokumen rasmi bagi penganjuran acara berkaitan dengan peminat di luar negara.Menurut laporan media, Balai Polis Gangnam di Seoul mengesahkan telah menerima aduan rasmi awal bulan lalu terhadap individu yang dikenali sebagai A atas dakwaan penipuan, pemalsuan dokumen persendirian serta penggunaan dokumen palsu. Menerusi aduan yang dikemukakan sebuah syarikat penganjur acara, A didakwa mengemukakan surat pengesahan palsu yang kononnya menjamin kehadiran seorang aktor lelaki popular berusia lingkungan 30-an bagi menjayakan acara berkenaan.Penganjur tersebut dikatakan sudah menyebabkan kerugian ratusan ribu.Malah, suspek turut menyerahkan kontrak lengkap bersama cop rasmi yang menggunakan nama agensi pengurusan pelakon terbabit bagi memperdaya penganjur sehingga menyebabkan mereka menanggung kerugian sekitar 200 juta won (RM650,000) selepas acara terpaksa dibatalkan.Syarikat pengadu mendedahkan mereka sebelum ini berulang kali mempercayai jaminan A berhubung penglibatan pelakon sama, namun semua perancangan akhirnya terkubur begitu sahaja sehingga menelan kerugian mencecah ratusan juta won.Skandal membabitkan A dilaporkan semakin meluas apabila beberapa siri acara pertemuan peminat lain di luar negara yang melibatkan barisan selebriti ternama turut dikaitkan dengan penipuan yang sama.ARTIKEL BERKAITAN: Padah sertai perhimpunan politik, Imran Khan diperintah tinggalkan IndiaARTIKEL BERKAITAN: Tanah dan aset RM91,000 dijual tanpa izin, Farel Prayoga tuntut keluarga pulangkanDikatakan, empat hingga lima syarikat penganjur acara lain tampil mendakwa menerima surat pengesahan artis yang meragukan daripada A, sekali gus menyebabkan anggaran keseluruhan kerugian yang dialami semua pihak terlibat dipercayai mencecah puluhan bilion won.Susulan desakan mangsa, pihak polis kini sedang memperincikan fakta kes dan jumlah sebenar kerugian menerusi sesi soal siasat bersama pengadu.