suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hari bahagia makin dekat? Cinta Laura didakwa sudah cuba gaun pengantin

Cinta Laura sedang mencuba pakaian pengantin.

PELAKON Indonesia Cinta Laura menjadi perhatian selepas sebuah video memaparkan dirinya sedang mencuba gaun pengantin tersebar di media sosial.

Video yang dimuat naik seorang pengguna Threads itu mencetuskan spekulasi bahawa Cinta, 33, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Akaun tersebut mendakwa terserempak dengan Cinta ketika pelakon berkenaan sedang mencuba gaun putih di sebuah butik pada Rabu.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap tindakan menyebarkan video berkenaan sebagai melanggar privasi pelakon itu.

Cinta Laura didakwa bakal berkahwin dalam masa terdekat. 

Malah, ramai meminta pemilik akaun berkenaan memadam video tersebut kerana bimbang ia merosakkan kejutan sekiranya gaun berkenaan benar-benar akan dipakai Cinta pada hari perkahwinannya.

"Tolong padam dan hormati privasinya. Kalau benar gaun itu untuk perkahwinannya, ia sesuatu yang sangat bermakna buat pengantin perempuan. Jangan rosakkan kegembiraannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura elak main telefon sejam lepas bangun pagi, sembilan bulan terhindar aura negatif

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura masuk hospital gara-gara jari luka potong limau nipis... Netizen sindir ibu-ibu setiap hari memasak masih hidup!

"Kasihan kalau gaun itu benar-benar akan dipakai pada hari perkahwinan tetapi sudah tersebar lebih awal. Harap-harap ia hanya untuk penggambaran filem. Hormatilah privasinya," tulis netizen. 

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang pengesahan daripada Cinta mengenai kesahihan video tersebut yang dia sedang membuat persiapan perkahwinan.

 

 

Artikel Lain