suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta Laura elak main telefon sejam lepas bangun pagi, sembilan bulan terhindar aura negatif

Cinta kongsi amalan menjaga kestabilan emosi.

PELAKON Cinta Laura memilih untuk tidak menyentuh telefon atau sebarang gajet dalam tempoh satu jam pertama selepas bangun tidur.

Menurut Cinta, 33, rutin tersebut sudah diamalkan secara konsisten sejak sembilan bulan lalu dan dia mula merasakan perubahan ketara terhadap cara dirinya selain kestabilan emosi.

“Anda akan sedar tidak memulakan hari dengan fikiran-fikiran negatif, tetapi memulakan hari dengan fokus dan tahu tujuan-tujuan pada hari itu.

Perubahan yang dilakukan memberi kesan baik kepada emosi Cinta. 

“Saya terapkan ke dalam hidup selama sembilan bulan terakhir dan melihat perubahan drastik terhadap bagaimana saya memandang diri sendiri dan begitu juga dengan kestabilan emosi,” katanya.

Cinta berkongsi perkara tersebut sebagai satu bentuk teguran terhadap sikap segelintir individu yang biasa mencapai telefon sejurus selepas bangun tidur.

Bercerita tentang rutin paginya, pelakon ini memberitahu dia akan melakukan aktiviti sihat seperti senaman selain mengambil masa 'me time' dengan membaca buku.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat Siti Badriah hamil lagi, Krisjiana korbankan ‘kelakian’ jalani prosedur vasektomi 

ARTIKEL BERKAITAN: Andre Taulany bakal tamat zaman duda lepas setahun cerai, sudah daftar permohonan nikah

“Saya sarankan satu jam pertama waktu pagi boleh bersenam, solat atau apa sahaja yang anda suka.

“Selepas senaman saya akan ambil sarapan. Kemudian saya akan berusaha meluangkan masa 10 hingga 15 minit untuk membaca, selepas itu barulah buka telefon,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain