PENYANYI Lady Gaga akhirnya mendedahkan nama cahaya mata pertamanya, Rose Bean Polansky.Menurut laporan TMZ, nama tersebut didedahkan menerusi sijil kelahiran bayi berkenaan. Bagaimanapun, Gaga dan tunangnya, Michael Polansky serta wakil mereka masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung kelahiran bayi itu.Gaga kini bergelar seorang ibu.Menurut sumber, nama Rose dipercayai diinspirasikan daripada lagu La Vie En Rose yang pernah dinyanyikan Gaga dalam filem A Star Is Born pada 2018.Malah, penyanyi berusia 40 tahun itu turut mempunyai tatu sekuntum bunga ros pada tulang belakangnya bersama tulisan la vie en rose.Sementara itu, nama Bean dipercayai diambil daripada nama aktivis Carl Bean yang menjadi inspirasi kepada lagu popular Gaga berjudul Born This Way.ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga dah jadi ‘mama’, peminat dakwa guna khidmat ibu tumpangARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga hilang tiba-tiba, rakan syak sudah kahwin lari dengan tunangRose dilahirkan pada 9 Jun lalu, pukul 11.19 malam di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles, Amerika Syarikat.Bagaimanapun, peminat hanya mengetahui berita gembira tersebut selepas foto Gaga sedang mendukung bayi tular di media sosial baru-baru ini.Untuk rekod, Gaga dan Polansky menjalin hubungan pada 2019 dan mengikat tali pertunangan pada 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube