suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dylan Wang terpalit dakwaan besarkan alat sulit, dituduh kononnya prosedur tak menjadi

Dylan masih lagi berdiam diri tentang tuduhan tersebut.

PELAKON popular China, Dylan Wang berdepan dakwaan mengejutkan apabila dituduh menjalani prosedur pembesaran zakar sehingga mengalami komplikasi.

Khabar angin itu tercetus selepas seorang pengguna media sosial mendakwa memiliki maklumat perubatan berkaitan aktor berusia 27 tahun berkenaan.

Menurut dakwaan tersebut, Dylan dikatakan mendapatkan suntikan asid hyaluronik pada bahagian sulit bagi meningkatkan ukur lilit zakar.

Babak video yang dikaitkan dengan Dylan.

Bagaimanapun, prosedur itu didakwa gagal sehingga menyebabkan pelakon berkenaan perlu menjalani pembedahan.

Malah, satu video turut tular di media sosial yang didakwa memaparkan Dylan sedang menjalani prosedur berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Dylan tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan yang direka bagi memburukkan nama baik pelakon berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat obses daftar ‘kahwin rahsia‘, penyanyi terkejut beristeri dua

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin awal bukan sebab hamil, Ji Ye Eun tak rancang segera dapat anak

Dalam satu kenyataan, mereka mendakwa video serta tangkap layar perbualan yang tersebar di media sosial adalah palsu dan dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pihak pengurusan turut memaklumkan mereka sudah mengumpulkan serta menyimpan bukti berkaitan dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Mereka juga mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebarkan fitnah berkenaan.

Dalam perkembangan sama, hospital yang dikaitkan dengan dakwaan itu turut mengeluarkan kenyataan menafikan sebarang kaitan Dylan dengan perkara tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain