suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat obses daftar ‘kahwin rahsia‘, penyanyi terkejut beristeri dua

Kim Bum Ryong dikejar peminat obses.

PENYANYI Kim Bum Ryong mendedahkan dia pernah melalui pengalaman pelik apabila secara tiba-tiba mendapati dirinya sudah bergelar suami kepada seorang wanita tanpa pengetahuannya.

Kim, 66, berkata wanita berkenaan merupakan peminat yang terlalu obses sehingga sanggup mendaftarkan perkahwinan di luar pengetahuan.

Menurutnya, perkara itu hanya disedari ketika dia mendapatkan dokumen daftar keluarga dan terkejut apabila mendapati terdapat rekod perkahwinan atas namanya.

Kim Bum Ryong buat pendedahan yang mengejutkan ramai.

“Saya pergi mendapatkan daftar keluarga dan ketika itu baru saya tahu bahawa saya sudah berkahwin.

“Salah seorang peminat yang sering datang begitu menyukai saya sehingga dia mendaftarkan perkahwinan itu seorang diri,” katanya ketika muncul dalam program hiburan MBN, Sokpuri Show Dongchimi.

Jelas Kim, ketika kejadian berlaku, pendaftaran perkahwinan di Korea Selatan boleh dilakukan dengan hanya seorang daripada pasangan hadir ke pejabat kerajaan.

Lebih mengejutkan, rekod berkenaan menyebabkan isterinya yang sebenar pula disenaraikan sebagai isteri kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin awal bukan sebab hamil, Ji Ye Eun tak rancang segera dapat anak

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan serang lelaki mabuk, Seungri akui pegang botol minuman keras...“tapi saya tidak hayun atau ugutnya“

Kim kemudiannya mengambil tindakan undang-undang membatalkan pendaftaran perkahwinan palsu tersebut dan rekod berkenaan akhirnya dipadamkan.

Kim mula mencipta nama pada 1985 menerusi lagu Wind Wind Wind dan menjadi antara penyanyi lelaki popular di Korea Selatan pada era 1980-an.

Wanita terbabit turut dikenali oleh penyanyi Jeon Young Rok kerana peminat itu pernah melakukan tindakan aneh dengan menyimbah cat ketika penyanyi berkenaan ketika sedang membuat persembahan di atas pentas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain