suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak jadi bubar... Kangen Band minta maaf, sepakat terus perjuangan

Kangen Band tidak jadi untuk bubar.

KUMPULAN berasal Indonesia, Kangen Band membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh peminat susulan kekecohan yang tercetus selepas mereka mengumumkan berpecah pada Ahad lalu. 

Pengasas merangkap pemain gitar utamanya, Dodhy Hardiyanto berkata, keputusan untuk membubarkan kumpulan tersebut ditarik balik selepas kesemua anggota duduk berbincang dan mencapai kata sepakat untuk meneruskan perjuangan muzik bersama.

“Kami ingin menyampaikan permohonan maaf atas kekecohan yang terjadi beberapa hari lalu, terutama selepas kami sempat mengumumkan bahawa Kangen Band akan bubar.

Kangen Band minta maaf atas kekecohan yang berlaku. 

“Kami sedar apa yang terjadi telah membuatkan banyak orang kecewa, sedih, bahkan mungkin tertanya-tanya mengapa harus berakhir seperti ini.

“Selepas melalui perbincangan yang panjang, akhirnya kami kembali duduk bersama. Kami berbicara dari hati ke hati, mengingati kembali perjalanan panjang yang sudah kami lalui, perjuangan, tawa, air mata dan begitu banyak kenangan yang tidak mungkin begitu sahaja kami padamkan,” katanya. 

Dalam masa sama, Dodhy menyifatkan jenama Kangen Band kini bukan lagi sekadar mengenai individu yang berdiri di atas pentas, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada memori peminat yang membesar bersama lagu-lagu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan Kangen Band dibubarkan... Dodhy dedah wujud kezaliman, larang anggota lain bawa lagu ciptaannya

ARTIKEL BERKAITAN: Gitaris Kangen Band gigih bantu mangsa kemalangan, penduduk kampung tiba-tiba datang maki tuduh jadi punca

Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk mengetepikan segala salah faham dan kekurangan demi memastikan legasi kumpulan berkenaan terus bertahan.

Sebelum ini, Dodhy Hardiyanto mengumumkan kumpulan berkenaan dibubarkan selepas lebih dua dekad dalam industri muzik.

Dodhy membuat pengumuman itu menerusi Instagram miliknya dan mendakwa wujud ‘kezaliman’ dalam kumpulan tersebut yang menyebabkan dia mengambil keputusan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain