suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah faham punca insiden tarik baju, Betrand Peto dedah kronologi tuduhan gangguan seksual

Betrand menjelaskan situasi sebenar kejadian di sebuah pusat hiburan.

PENYANYI Betrand Peto tampil bersuara menjelaskan situasi sebenar selepas timbul dakwaan dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang gadis dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Jakarta Selatan pada 12 September.

Menafikan segala tuduhan, Betrand, 21, juga menegaskan dia tidak mengenali wanita yang mendakwa dirinya sebagai mangsa dalam kejadian itu.

"Saya tidak melakukan gangguan seksual. Saya juga tak kenal mereka. Saya datang ke situ kerana mahu karaoke bersama kawan-kawan selepas selesai penggambaran," katanya.

Betrand sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. 

Menceritakan kronologi kejadian, Betrand memberitahu gadis berkenaan tiba-tiba masuk ke dalam bilik di pusat hiburan berkenaan dan menangis teresak-esak.

Gadis berkenaan tidak memberi sebarang jawapan apabila ditanya punca dia menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah bukan pondan!” - Anak Ruben Onsu berang bapa digelar lelaki lembut 

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video tangan ditepis, isteri El Rumi tunjuk bukti hubungan dengan keluarga Ahmad Dhani baik tiada ‘drama’

Penyanyi itu juga memaklumkan berlaku salah faham sehingga terjadi insiden menarik baju yang dipercayai menjadi punca didakwa melakukan gangguan seksual.

Betrand dalam masa sama menegaskan dia sedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa selepas kes berkenaan dilaporkan.

"Saya tidak akan menambah cerita. Saya sedia berdepan kes ini kerana saya tidak melakukan perbuatan itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain