ANAK kepada pelakon dan pengacara Ruben Onsu iaitu Betrand Peto meluahkan rasa kesal apabila bapanya dituduh sebagai 'pondan' gara-gara sering tampil dengan perwatakan lelaki lembut di acara televisyen.Lebih menyedihkan bagi Betrand, kata-kata tersebut mula menjadi bualan selepas ibunya sendiri iaitu penyanyi Sarwendah memberikan gelaran terhadap Ruben dalam satu sesi siaran langsung di media sosial. "Terkejut! Saya betul-betul terkejut sampai menangis. Kenapa ibu boleh cakap begitu? Sampai hati dia cakap begitu.Betrand terkilan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh ibunya sendiri. "Mungkin emosinya sudah tidak terkawal. Tapi boleh sahaja dihentikan siaran langsung tersebut agar tidak menjadi masalah seperti ini," luahnya.Betrand tampil membela bapanya susulan isu keluarga mereka terus menjadi perhatian selepas Ruben dan Sarwendah sah bercerai pada tahun 2024.Dalam masa sama, dia menegaskan watak lelaki lembut yang sering dipamerkan oleh bapanya hanyalah sekadar tuntutan kerja untuk menghiburkan peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Berkat hobi berkebun, vokalis Slank kini tak beli sayur di pasar... Badan jadi lebih sihat ARTIKEL BERKAITAN: Giorgino Abraham berani ambil risiko lakon babak panas, tak takut dilabel ‘pelakon aksi intim’Meskipun karakter itu sudah sinonim dengan Ruben, namun keperibadiannya sebagai seorang bapa tidaklah seperti yang disangka."Ayah saya bukan pondan! Kerja dalam dunia hiburan tidak boleh tampil serius setiap hari. Karakter pondan itu hanya tuntutan watak di TV."Semua orang tahu karakter ayah di TV, tak perlu dipersoalkan lagi," tegasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!