PELAKON asal Hong Kong, Lisa Wang mengejutkan ramai apabila secara terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya, termasuk pengalaman pertama menggunakan alat permainan seks ketika berusia 40 tahun.Menurut aktres berkenaan, dia menggunakan alat tersebut sebagai cara untuk mengatasi cabaran hubungan jarak jauh dengan suaminya. “Ketika pertama kali menggunakannya (vibrator), umur saya sudah 40 tahun,” katanya secara terbuka.Lisa kongsi perkara itu dihadapan media. Lisa membuat pengakuan itu ketika menghadiri sidang media bagi sebuah jenama produk penjagaan wanita.Dalam masa sama, Lisa turut berkongsi perjalanan hidupnya yang pernah berdepan masalah kewangan serius selepas terjerat dengan hutang akibat ditipu oleh seorang rakan.Menurutnya, dia pernah membenarkan rakannya menggunakan namanya untuk membuat pinjaman bagi membuka restoran, namun individu tersebut melarikan diri bersama wang berjumlah hampir RM744,000.ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin majlis kahwin Taylor Swift di New York, tetamu dikawal ketat masuk guna bas khasARTIKEL BERKAITAN: Pelakon serik suntik ubat kurus, berminggu alami cirit-birit terukAkibat kejadian itu, Lisa terpaksa menanggung keseluruhan hutang berkenaan, termasuk pinjaman peribadi yang mencecah lebih RM1.5 juta.Malah, demi melangsaikan hutang tersebut, pelakon itu dilaporkan pernah muncul sebanyak dua kali di sebuah platform penstriman dewasa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!