suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khabar angin majlis kahwin Taylor Swift di New York, tetamu dikawal ketat masuk guna bas khas

Travis dan Taylor bakal berkahwin di tempat yang mempunyai kawalan ketat.

PENYANYI Taylor Swift dan teman lelakinya Travis Kelce dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan mereka di Madison Square Garden (MSG), New York.  

Memetik laporan Page Six, pasangan kekasih itu merancang untuk melangsungkan majlis tersebut pada sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat iaitu 3 Julai depan.

Sumber terdekat mendedahkan, mereka memilih untuk membuat majlis di tempat tersebut atas faktor privasi dan kawalan keselamatan yang ketat.

Mereka dikatakan baka berkahwin pada 3 Julai. 

Difahamkan tetamu kenamaan yang hadir bakal dibawa menggunakan bas khas yang dipasang dengan cermin gelap dan memasuki menggunakan pintu masuk rahsia. 

Lebih menguatkan spekulasi apabila jadual rasmi MSG dilaporkan kosong tanpa sebarang acara bermula 29 Jun sehingga 6 Julai depan.

Antara rakan artis yang dikabarkan sudah menerima jemputan ke majlis perkahwinan itu termasuklah Ed Sheeran, Selena Gomez, Gigi Hadid dan ramai lagi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift kekal ungguli senarai billionaire, nilai kekayaan cecah RM9.4 bilion

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift daftar hak cipta foto pakai bikini labuci, elak salah guna AI

Sebelum ini, Taylor dan Travis beberapa kali dilihat berada di sekitar New York termasuk meluangkan masa menikmati makan malam di restoran terkenal, Via Carota yang dipercayai bagi menguruskan persiapan hari bahagia mereka.

Untuk rekod, Taylor dan Travis dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn. 

Taylor dan Travis kemudiannya sah bertunang pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain