TERBUKA melakukan babak intim dalam lakonan, aktor Indonesia Giorgino Abraham tidak pernah ambil pusing pandangan sekeliling yang sering melabelkan dirinya sebagai 'pelakon aksi panas'.Bagi Giorgino, tugasnya sebagai seorang pelakon adalah untuk menghidupkan jalan cerita dalam sesebuah drama atau filem. Justeru, dia akan memastikan lakonannya dapat diterima dengan baik meskipun melibatkan babak intim.Giorgino teliti dalam memilih tawaran berlakon. "Saya tak takut dicop 'Giorgino Abraham pelakon yang melakukan babak itu'. Apa yang saya buat adalah sebahagian daripada tugas pelakon."Itulah pentingnya dalam berkarya. Apa pun karya yang dilakonkan mesti dibuat dengan baik," katanya.Terbaharu, nama Giorgino kembali menjadi sebutan selepas lakonannya dalam drama Love and 10 Million Dollars mendapat perhatian.ARTIKEL BERKAITAN: Sering muat naik gambar bersama, Acha Septriasa jawab dakwaan rapat dengan Baim Wong ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dakwa culas nafkah, peguam pertahan Ruben Onsu... "Plastik sampah pun dia bayar"Tambah pelakon itu lagi, dia juga terbuka untuk menerima lebih banyak tawaran yang memerlukan dia melakonkan babak intim.Namun, Giorgino tidak mudah membuat keputusan kerana mahu memastikan hasil lakonannya memberi impak kepada penonton."Mungkin tidak ramai yang berani mengambil drama seperti ini. Tidak mengapa, saya hormat pelakon yang tidak mahu."Tidak semua drama dengan adegan begitu akan saya terima. Perkara penting bagi saya ialah pengarah, syarikat produksi dan pelakon gandingan," tegasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!