SELEPAS lama mendiamkan diri, pelakon Heo Yi Jae akhirnya mendedahkan punca sebenar dia mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan yang selama ini menjadi tanda tanya peminat.Yi Jae mendakwa pernah berdepan gangguan seksual ketika menjalani penggambaran drama dan perbuatan itu dilakukan oleh seorang pelakon lelaki berstatus suami orang. Katanya, lelaki berkenaan sering menghampirinya dan mengeluarkan kata-kata tidak senonoh meskipun dia sudah berkali-kali menunjukkan rasa tidak selesa.Yi Jae akhirnya membuat pendedahan secara terbuka.Lebih mengejutkan, pelakon tersebut didakwa pernah mengajaknya tidur bersama dengan alasan kononnya untuk meningkatkan keserasian lakonan apabila berada di hadapan kamera.“Dia cakap, kalau kita tidur bersama, emosi dalam babak akan jadi lebih ‘hidup’,” dedahnya dalam satu temu bual di saluran YouTube.Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan identiti pelakon lelaki berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Insiden jurugaya tersentuh dada jadi bualan, Jennie Blackpink pula kena kecamARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dakwa culas nafkah, peguam pertahan Ruben Onsu... "Plastik sampah pun dia bayar"Yi Jae turut menegaskan dia sudah menolak pelawaan itu dan cuba menjauhkan diri, namun gangguan berkenaan tetap berterusan sepanjang penggambaran.Jelasnya, pengalaman pahit tersebut memberi kesan mendalam terhadap emosinya sehingga membuatkan dia hilang minat untuk terus aktif dalam industri hiburan.“Sejak kejadian itu, saya jadi takut dan tidak lagi bersemangat untuk berlakon,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!