KERAJAAN Korea Selatan terpaksa campur tangan susulan keluhan orang ramai yang mengadu tentang kenaikan harga hotel secara mendadak sempena berlangsungnya konsert BTS World Tour Arirang di Busan pada 12 dan 13 Jun.Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan bersama agensi kerajaan berkaitan dilaporkan telah menubuhkan pasukan petugas khas dan mula menggerakkan pelaksanaan sistem bagi menangani kenaikan harga yang melampau. Menerusi sistem itu, pengusaha penginapan diwajibkan melaporkan kadar harga lebih awal bagi musim puncak dan acara besar tempatan.BTS kini sedang rancak terlibat dengan konsert jelajah. Pihak berkuasa juga sedang mempertimbangkan hukuman lebih berat, termasuk penggantungan lesen operasi terhadap pemilik yang melanggar peraturan seperti memaparkan harga palsu dan membatalkan tempahan awal.Selain itu, kerajaan merancang menyediakan kira-kira 1,300 pilihan penginapan alternatif dengan memanfaatkan asrama universiti, pusat latihan institusi awam, kemudahan latihan belia serta fasiliti keagamaan.ARTIKEL BERKAITAN: BTS sekali lagi rangkul anugerah ‘Artist Of The Year’ di AMA 2026 ARTIKEL BERKAITAN: Harga bilik naik mendadak, pengusaha hotel ambil kesempatan sempena konsert BTSSebelum ini, media sosial kecoh apabila peminat meluahkan rasa marah terhadap beberapa pengusaha hotel yang mengenakan caj tinggi selepas BTS mengumumkan tarikh konsert mereka di Busan.Malah, ada juga yang mendakwa pihak hotel sengaja membatalkan tempahan awal bagi membolehkan bilik ditawarkan semula pada harga yang lebih tinggi mengikut permintaan pasaran.Bandar Busan dijangka menjadi tumpuan ramai pada tarikh berkenaan sempena konsert BTS yang turut meraikan kemunculan semula kumpulan itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!