SELEPAS lebih dua tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Aamir Khan dilaporkan bakal menamatkan zaman duda bersama wanita pilihannya, Gauri Spratt.Memetik laporan media India, pasangan berkenaan nekad melangkah ke fasa perkahwinan selepas merasakan hubungan mereka kini semakin kukuh. "Aamir dan Gauri sudah tinggal bersama sebagai sebuah keluarga sejak setahun lalu.Aamir yakin Gauri wanita terbaik buatnya. "Mereka gembira dan hidup harmoni bersama, dan kini membuat keputusan untuk menjadikan hubungan ini lebih formal," jelas satu sumber.Berita tersebut disambut baik peminat Aamir yang menantikan hari bahagianya untuk kembali mendirikan rumah tangga.Bagaimanapun, pelakon berkenaan dikatakan hanya akan mengadakan majlis secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat.ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan sanggup tolak bayaran berlakon, ganjaran besar tampil bersama Rajinikanth ARTIKEL BERKAITAN: Bijak sorok kisah cinta, Aamir Khan akhirnya dedah identiti kekasihAamir dan Gauri sepakat memilih tarikh 4 Julai bagi melangsungkan perkahwinan mereka.Tahun lalu, Aamir secara rasmi mengumumkan dia dan Gauri sebagai pasangan kekasih selepas setahun mereka bercinta.Untuk rekod, Aamir sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Reena Dutta pada 1986, namun bercerai selepas 16 tahun berkahwin.Dia kemudian kembali bertemu jodoh dengan Kiran Rao pada 2005, namun hubungan mereka berakhir pada 2021.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!