PENYANYI Camila Cabello dilaporkan kembali bergelar solo apabila hubungan cintanya dengan kekasih jutawan, Henry Junior Chalhoub dikatakan sudah berakhir.Menurut sumber terdekat, Camila dan Henry mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan selepas menyedari mereka semakin berjauhan dan mempunyai haluan hidup yang berbeza. Walaupun berpisah, pasangan ini difahamkan tidak mengalami sebarang pergaduhan besar atau kontroversi yang menjadi punca keretakan hubungan mereka.Camila dan Henry pilih kunci mulut."Hubungan itu berakhir dengan baik. Mereka berbincang secara matang dan bersetuju untuk meneruskan kehidupan masing-masing," kata sumber.Bagaimanapun, setakat ini Camila dan Henry masih mengambil pendekatan berdiam diri serta belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.Malah penyanyi lagu Havana itu dilaporkan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni, sekali gus seakan mengiyakan khabar tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Sekejap on, sekejap off”... Peminat pun dah pening layan kisah cinta Shawn Mendes dan Camila CabelloARTIKEL BERKAITAN: Camila Cabello belajar erti cinta sejak mengenali Shawn MendesUntuk rekod, hubungan Camila dan Henry mula dihidu peminat pada penghujung tahun 2024 selepas beberapa kali tampil bersama dalam acara berprofil tinggi.Sejak itu, hubungan mereka sering menjadi perhatian ramai memandangkan Henry berasal daripada keluarga perniagaan berpengaruh yang memiliki empayar fesyen dan barangan mewah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!