PELAKON Acha Septriasa tampil memberikan penjelasan selepas timbul dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan aktor dan penerbit, Baim Wong.Menurut Acha, dakwaan itu adalah perkara biasa dan tidak wajar diperbesarkan, apatah lagi mereka berkongsi latar belakang kerjaya yang hampir sama. Dalam pada itu, Acha memaklumkan bahawa dia sudah lama mengenali Baim dan kini banyak belajar perkara baharu daripada rakannya itu.Hubungan Acha dan Baim (kiri) dilihat semakin akrab. “Bagi saya, itu perkara biasa sahaja. Mungkin sebab latar belakang kami sama. Tapi sebenarnya, saya dan Baim memang berkawan baik, sangat baik.“Saya baru hendak membina syarikat produksi, sedangkan dia (Baim) sudah mempunyai syarikat sendiri. Jadi, kami memang banyak berkongsi pengalaman dan dia juga banyak memberi inspirasi kepada saya,” jelasnya.Sebelum ini, timbul dakwaan Acha dan Baim mempunyai hubungan istimewa apabila mereka dilihat beberapa kali memuat naik foto bersama anak masing-masing di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak restu Acha Septriasa, Baim Wong bercintaARTIKEL BERKAITAN: Rela bertahan demi anak, Acha Septriasa akui ramai wanita terjebak perkahwinanGosip tersebut juga mula hangat diperkatakan dalam kalangan netizen selepas kedua-duanya terbabit dalam sebuah filem bersama, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.Untuk rekod, Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky pada 11 Disember 2016. Namun, rumah tangga mereka berakhir apabila Acha memfailkan tuntutan perceraian pada 13 Disember 2024 dan sah bercerai pada 19 Mei lalu.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma, yang kini berusia lapan tahun.Sementara itu, Baim pula pernah berkahwin dengan Paula Verhoeven pada November 2018, namun sah bercerai pada April 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!