PENYANYI PSY dilaporkan sedang disiasat oleh pihak pendakwa raya berhubung dakwaan menerima ubat psikotropik melalui pihak ketiga tanpa menjalani pemeriksaan bersemuka dengan doktor.Menurut laporan MBC, Pejabat Pendakwa Daerah Barat Seoul kini sedang menyiasat empat individu termasuk PSY, seorang profesor hospital universiti serta pengurusnya atas dakwaan melanggar Akta Perkhidmatan Perubatan.PSY mendapatkan ubat tersebut melalui pihak ketiga. PSY didakwa menerima ubat berkenaan bermula tahun 2022 sehingga tahun lalu tanpa menjalani pemeriksaan secara bersemuka dengan doktor.Difahamkan, dadah jenis psikotropik itu dipercayai diambil oleh individu lain termasuk pengurusnya bagi pihak penyanyi tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: PSY kongsi kisah di sebalik kejayaan lagu ‘Gangnam Style’ARTIKEL BERKAITAN: Ambil ubat tidur tidak ikut prosedur betul, Psy dipanggil polis untuk siasatan... Wakil pengurusan tampil beri penjelasanMenurut kenyataan, ubat berkenaan digunakan PSY untuk merawat kemurungan dan gangguan tidur, namun ia memerlukan pemeriksaan fizikal oleh doktor kerana mempunyai risiko ketagihan dan kebergantungan yang tinggi.Undang-undang perubatan Korea Selatan menetapkan hanya doktor yang melakukan pemeriksaan secara langsung terhadap pesakit dibenarkan mengeluarkan preskripsi ubat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!