suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Dua Lipa dan Callum Turner akhirnya berkahwin

Dua Lipa dikatakan sudah berkahwin bersama Callum Turner.

PENYANYI Dua Lipa dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Callum Turner dalam sebuah majlis tertutup di Old Marylebone Town Hall, London pada Ahad.

Menurut laporan media antarabangsa, pasangan itu diraikan dalam majlis serba sederhana dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Dua dan Callum sudah bercinta sejak 2024. 

Menurut sumber, Dua tampil anggun mengenakan gaun sut rekaan Schiaparelli couture hasil sentuhan Daniel Roseberry sementara Callum pula mengenakan sut berwarna biru gelap lengkap bertali leher.

Bagaimanapun, wakil kedua-dua selebriti itu masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkahwinan mereka.

Sebelum ini, Dua mengesahkan pertunangannya dengan Callum semasa temu bual bersama British Vogue pada Jun tahun lalu selepas timbul spekulasi mengenai hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bercinta, Dua Lipa dan Callum Turner akhirnya bertunang… Tayang cincin tanda sudah berpunya

ARTIKEL BERKAITAN: Minat punya fasal, peminat menyelinap tunggu depan bilik hotel Dua Lipa

Ketika itu, penyanyi lagu Houdini berkenaan memberitahu dia merancang untuk berkahwin selepas menamatkan siri jelajah dunianya.

Untuk rekod, hubungan cinta Dua dan Callum mula menjadi perhatian ramai pada Januari 2024 apabila mereka dilihat hadir bersama di acara afterparty Masters of Air di London sebelum tampil rasmi sebagai pasangan di Instagram beberapa bulan kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain