KETEGANGAN hubungan dengan anak-anak sama sekali tidak mengganggu percutian pelakon Brad Pitt bersama kekasihnya iaitu Ines de Ramon yang kini berada di Paris, Perancis.TMZ melaporkan, pasangan itu dilihat memasuki sebuah restoran mewah di Grand Palais pada lewat malam Jumaat selepas menghadiri konsert kumpulan rock terkenal, Red Hot Chili Peppers. Brad, 62, tampil bergaya dengan baju biru terang dipadankan dengan seluar ungu, manakala Ines mencuri perhatian menerusi kemeja putih berenda yang elegan.Maddox (kiri) sebelum ini memaklumkan tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Brad (kanan).Mereka turut meluangkan masa bersama pengarah terkenal David Fincher yang pernah bekerjasama dengan Brad menerusi filem ikonik Se7en dan Fight Club.Kemunculan pasangan itu berlaku ketika keluarga Jolie-Pitt sekali lagi menjadi bualan ramai susulan tindakan anak sulung Brad dan Angelina Jolie, Maddox dilaporkan memohon secara rasmi untuk menggugurkan nama keluarga ‘Pitt’.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Shiloh Maddox pula gugurkan nama ‘Pitt’, tidak mahu ada kaitan dengan Brad PittARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Angelina Jolie fail permohonan tukar nama, enggan dikaitkan dengan Brad PittMaddox telah mencatatkan nama sebagai Maddox Jolie dalam kredit filem terbaru ibunya, Couture, yang ditayangkan di pawagam Perancis pada Februari lalu. Sebelum ini, anak Brad dan Angelina iaitu Shiloh dilaporkan menukar namanya secara sah, manakala Zahara dan Vivienne juga tidak lagi menggunakan nama keluarga Pitt dalam beberapa urusan awam.Situasi itu sekali gus menguatkan spekulasi mengenai keretakan hubungan antara Brad dan anak-anaknya selepas perpisahan pelakon tersebut dengan Angelina pada tahun 2016.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!