HASRAT anggota kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk untuk menikmati pemanduan kereta baharu bertukar menjadi pengalaman pahit apabila kenderaan mewah yang baru dibelinya terlibat dalam kemalangan jalan raya.Menurut Leeteuk, dia dilanggar dari belakang ketika memandu di lebuh raya, kira-kira dua minggu selepas membeli sebuah Porsche Taycan GTS. Katanya, kereta tersebut ketika dibeli hanya mencatatkan jarak perjalanan sekitar 800 kilometer, malah telah dipasang lapisan pelindung cat (PPF) bagi menjaga keadaan luarnya.Leeteuk mengalami kerugian hampir RM43,000 akibat kemalangan."Ketika itu saya belum sempat menanggalkan semua filem pelindung pada kereta tersebut, namun saya terlibat dalam kemalangan apabila sebuah kenderaan melanggar bahagian belakang kereta saya."Impak pelanggaran itu sangat kuat sehingga saya merasakan seluruh badan seperti dihentam dengan tukul," katanya.Dalam pada itu, Leeteuk memberitahu dia bercadang menjual Porsche Taycan GTS miliknya sebaik sahaja proses pembaikan selesai meskipun terpaksa menanggung kerugian.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sasaeng’ ceroboh kediaman 2 kali, Leeteuk mahu ambil tindakan undang-undangARTIKEL BERKAITAN: Porsche hadiah buat isteri, netizen minta Kanye West beli baju untuk Bianca"Saya rasa mungkin kereta ini dan saya memang tidak ditakdirkan untuk bersama."Walaupun rugi, saya bercadang menjualnya sebaik sahaja kerja pembaikan selesai. Jika ada yang berminat, sila hubungi saya," ujarnya. Akibat kemalangan berkenaan, bahagian belakang kenderaan itu mengalami kerosakan teruk dengan kos pembaikan dianggarkan mencecah hampir 14 juta won Korea (sekitar RM43,000).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!