PENYANYI dangdut Inul Daratista meluahkan rasa kurang senang selepas tular namanya disenaraikan antara artis Indonesia yang memiliki kekayaan tertinggi.Enggan terus berdiam, Inul memberi amaran akan membuat laporan polis sekiranya kandungan sedemikian tidak dihapuskan dalam masa terdekat. “Saya akan laporkan kepada pihak polis jika perkara ini masih berlarutan. Saya terganggu dengan berita ini. Jika tidak diturunkan, saya akan ambil tindakan tegas,” ujarnya.Inul tidak akan berdiam dengan cerita tidak benar tentang dirinya. Tambah penyanyi itu, kandungan sebegitu juga boleh menimbulkan salah faham selain memberi kesan buruk terhadap dirinya.Malah dia yakin rakan-rakan artis yang turut tersenarai turut merasakan perkara sama apabila ada pihak yang sengaja menyebarkan berita tanpa fakta sahih.ARTIKEL BERKAITAN: Anggap diri masih berdosa, pengarah filem ini tak mahu dipanggil ‘haji’ ARTIKEL BERKAITAN: Identiti Dewi Perssik kantoi lepas buat pembentangan, sukar faham bahasa Inggeris dalam kuliah“Anda fikir saya gembira? Saya yakin semua artis dalam gambar itu juga akan menerima kesan buruk dengan data yang tidak tepat,” jelasnya.Selain Inul, nama artis lain yang turut disenaraikan ialah Raffi Ahmad, Agnez Mo dan Syahrini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!