PENYANYI Madonna secara terbuka mengakui usahawan John F. Kennedy Jr. merupakan lelaki paling hebat di ranjang baginya.Pengakuan itu dibuat semasa Madonna, 67, muncul dalam video promosi album terbaharunya berjudul Confessions II. Menerusi sesi soal jawab itu, Madonna diminta menamakan individu paling hebat di ranjang yang pernah bersamanya sebelum ini.Madonna dedah seks bersama John F. Kennedy Jr. Penyanyi itu bagaimanapun menegaskan dia hanya mahu menyebut nama mereka yang sudah meninggal dunia.Salah seorang pengacara iaitu pereka fesyen Raul Lopez kemudian menyampuk dengan mengatakan John F. Kennedy Jr. sememangnya dikenali dengan aksi seks yang hebat."Ramai orang kata dia memang hebat dan sangat memuaskan. Saya dengar ramai cakap begitu," ujar Lopez.ARTIKEL BERKAITAN: Madonna ‘control’ teman lelaki, letak beberapa syarat tak masuk akal ketika bersamaARTIKEL BERKAITAN: Anak Madonna pilih hidup berdikari, tahan lapar sebab tiada duit beli makananUntuk info, Madonna dan John F. Kennedy Jr. dilaporkan pernah menjalinkan hubungan singkat sekitar hujung tahun 1980-an.Menurut buku JFK Jr.: An Intimate Oral Biography yang diterbitkan pada 2024, hubungan mereka lebih bersifat tarikan fizikal dan tidak pernah dianggap serius.Kennedy meninggal dunia pada Julai 1999 ketika berusia 38 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!