KUMPULAN BTS meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan beberapa pengusaha hotel di Busan, Korea Selatan yang didakwa menaikkan harga bilik secara melampau menjelang konsert mereka pada Jun.Menurut laporan The Korea Times, anggota BTS tampil menegur isu tersebut selepas ramai peminat mengadu sukar mendapatkan penginapan dengan harga munasabah. Menerusi siaran langsung di platform Weverse, ketua kumpulan BTS, RM berkata dia kecewa melihat situasi berkenaan dan menggesa pemilik hotel tidak mengambil kesempatan. Peminat kecewa dengan kenaikan harga bilik hotel menjelang konsert di Busan.“Banyak sangat berita fasal penginapan. Rasa tak sedap hati. “Saya faham harga penginapan bergantung mengikut musim tetapi janganlah keterlaluan,” katanya.Sementara itu, anggota BTS yang lain iaitu Suga dan Jimin yang berasal dari Busan turut bersetuju dengan kenyataan tersebut malah memberitahu ahli keluarga mereka sendiri berdepan kesukaran mencari bilik hotel.ARTIKEL BERKAITAN: BTS sekali lagi rangkul anugerah ‘Artist Of The Year’ di AMA 2026ARTIKEL BERKAITAN: Lapangan Terbang Incheon ‘huru-hara’ sebab peminat BTSMalah mereka mempersoalkan tindakan sesetengah pihak mengenakan harga beberapa kali ganda lebih mahal berbanding kadar biasa.Isu kenaikan harga hotel di Busan kini menjadi perhatian ramai selepas terdapat dakwaan beberapa penginapan membatalkan tempahan awal pelanggan untuk dijual semula pada harga lebih tinggi.BTS dijadual mengadakan konsert jelajah dunia 'ARIRANG' pada 12 dan 13 Jun ini di Busan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!