suria

Lapangan Terbang Incheon ‘huru-hara’ sebab peminat BTS

Peminat (kiri) dari luar negara sudah tiba di Korea Selatan untuk menonton konsert BTS.

SUASANA di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan dilaporkan bertukar menjadi huru-hara apabila peminat kumpulan sensasi, BTS dari seluruh dunia mula tiba menjelang konsert pada 21 Mac ini. 

Menurut laporan Allkpop, kawasan di sekitar lapangan terbang kini mengalami kesesakan luar biasa sehingga disamakan seperti suasana pasar yang sibuk.

Barisan panjang di kaunter imigresen turut mencetuskan kebimbangan apabila ramai pelawat terpaksa menunggu lama antara satu hingga dua jam. 

Konsert jelajah BTS bakal bermula di Korea Selatan.

Dalam pada itu, seorang pelancong asing dikenali sebagai A mendakwa dia mengambil masa lebih dua jam untuk melepasi imigresen selepas tiba pada 8 Februari 2026 sekitar jam 7.20 malam dengan penerbangan dari Paris.

“Keadaannya sangat sesak, macam pasar. Barisan pula sangat panjang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat BTS beri ‘amaran’ kepada pempengaruh jangan battle tiket konsert sekadar ikut FOMO

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS dikecam, didakwa abaikan anjing peliharaan

Aduan serupa turut membanjiri media sosial di mana ramai pelawat mengkritik pengurusan lapangan terbang yang didakwa gagal menangani kemasukan pelancong antarabangsa.

Konsert BTS dijadual berlangsung di Dataran Gwanghwamun di Jongno pada Sabtu dengan jangkaan kehadiran ratusan ribu peminat dan pengunjung dari seluruh dunia. 

Konsert jelajah yang melibatkan 79 persembahan di 34 buah bandar seluruh dunia itu merupakan kemunculan semula BTS secara rasmi selepas empat tahun berehat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain