suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM BTS cedera menjelang konsert, pergerakan koreografi terpaksa dihadkan

RM dilaporkan mengalami kecederaan semasa latihan konsert.

ANGGOTA kumpulan BTS, RM dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki menjelang konsert jelajah dunia, Arirang yang bakal berlangsung pada Sabtu. 

Menurut kenyataan rasmi syarikat pengurusan Bighit Music, RM mengalami kecederaan semasa sesi latihan sehari sebelum konsert. 

BTS bakal beraksi di konsert jelajah pertama pada Sabtu.

Doktor turut menyarankan RM supaya berehat sekurang-kurangnya selama dua minggu. 

Dia juga perlu memakai balutan simen serta mengurangkan pergerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapangan Terbang Incheon ‘huru-hara’ sebab peminat BTS

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat BTS beri ‘amaran’ kepada pempengaruh jangan battle tiket konsert sekadar ikut FOMO

Walaupun begitu, RM tetap akan menyertai konsert berkenaan, namun persembahannya di atas pentas termasuk koreografi akan dihadkan.

Konsert BTS dijadual berlangsung di Dataran Gwanghwamun di Jongno pada Sabtu dengan jangkaan kehadiran ratusan ribu peminat dan pengunjung dari seluruh dunia. 

Konsert jelajah yang melibatkan 79 persembahan di 34 buah bandar seluruh dunia itu merupakan kemunculan semula BTS secara rasmi selepas empat tahun berehat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain