PENGUMUMAN rasmi konsert jelajah dunia kumpulan BTS mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat yang dikenali sebagai Army. Lebih mengujakan, Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai salah satu destinasi konsert, sekali gus membuatkan peminat tempatan tidak sabar untuk mendapatkan tiket konsert. Namun, dalam keterujaan itu, segelintir peminat tegar BTS meluahkan kebimbangan apabila melihat trend pempengaruh dan individu yang didakwa hanya mahu mengikut 'hype' atau Fear of Missing Out (FOMO) turut merancang untuk menyertai perebutan tiket konsert tersebut.Antara luahan peminat BTS di Threads.Rata-rata peminat sudah mula menyuarakan harapan agar tiket konsert BTS diberi keutamaan kepada peminat sejati yang telah menyokong kumpulan itu sejak awal kemunculan mereka. "BTS in Malaysia. Maaf kali ini battle tiket konsert lebih baik beri peluang untuk army (peminat), bukannya pada pempengaruh yang nak pergi konsert hanya untuk hype," tulis seorang netizen. Selain itu, ada juga peminat yang meluahkan rasa kecewa apabila melihat pempengaruh yang didakwa hanya mengenali lagu-lagu popular seperti Butter dan Dynamite mula menunjukkan minat untuk menyertai ‘battle’ tiket.ARTIKEL BERKAITAN: Taksub nak jumpa Jungkook BTS lepas tamat latihan tentera, wanita ditahan cuba ceroboh rumahARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS dikecam, didakwa abaikan anjing peliharaan"Alamak saya dah nampak influencer yang FOMO nak join battle tiket konsert BTS. Tolonglah bagi army sebenar yang pergi. Setakat tahu lagu Butter, Dynamite tak payahlah," luah peminat.Tidak kurang juga yang mengingatkan bahawa fenomena FOMO boleh menyebabkan peminat tegar terpinggir, sedangkan mereka telah menyokong BTS sejak kumpulan itu belum dikenali ramai."Walaupun kita tak minat BTS, tapi yang golongan FOMO, influencer yang hanya tahu lagu-lagu baru BTS korang tak payahlah join battle tiket konsert nanti. "Bagi peluang untuk peminat yang minat BTS dari mereka tak ada apa sampai dah popular ini beratur beli tiket," tulis netizen. Pada Rabu, BigHit Music mengesahkan bahawa BTS akan membuat kemunculan semula secara rasmi pada 20 Mac depan. Peminat merindui kemunculan BTS selepas dua tahun berehat.Tempoh rehat selam empat tahun sejak 2022 adalah bagi memberi laluan kepada kesemua tujuh ahli RM, Jin, Suga, j-hope, Jimin, V, dan Jung Kook menyelesaikan khidmat tentera di Korea Selatan. Konsert jelajah itu dilaporkan melibatkan 79 persembahan di 34 buah bandar termasuk Tokyo, Los Angeles, Bangkok, Singapura, Jakarta, Sydney, London dan Madrid. Setakat ini, tarikh jualan tiket dan harga masih belum diumumkan secara rasmi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube