suria

Jungkook BTS dikecam, didakwa abaikan anjing peliharaan

Jungkook (kanan) didakwa mengabaikan anjing peliharaannya.

ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook sekali lagi menerima kritikan ramai apabila didakwa meninggalkan anjing peliharaannya, Bam. 

Menurut sumber kepada portal Allkpop, Bam dipercayai masih ditempatkan di sebuah pusat pemeliharaan walaupun selepas Jungkook tamat perkhidmatan ketenteraannya pada Jun lalu. 

Hal ini telah mencetuskan semula kemarahan dalam kalangan peminat apabila rata-rata mempersoalkan tindakan penyanyi lagu Seven itu yang masih belum membawa Bam pulang ke rumah. 

Sumber mendakwa Bam (kiri) masih ditinggalkan di pusat peliharaan haiwan.

"Dia (Jungkook) boleh membawa pulang ibu saudaranya, rakan zaman kanak-kanaknya, malah membawa pulang teman wanita baru ke rumah tetapi tidak pula membawa anjingnya sendiri yang sudah dianggap sebagai anak. 

"Seriuslah Jungkook tidak pedulikan anjing peliharaannya sendiri," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip percintaan Jungkook, Winter Aespa makin ‘complicated’, peminat siap hantar trak protes depan agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cuba pecah masuk rumah Jungkook BTS ditahan polis, beri alasan ‘ziarah rumah kawan’ lepas kantoi

Untuk info, Jungkook pertama kali memperkenalkan Bam kepada umum pada Oktober 2021 menerusi rancangan BTS In The Soop musim kedua. 

Sejak daripada itu, Bam menerima sambutan hangat peminat dan ramai yang mahu melihat lebih banyak kandungan melibatkan anjing peliharaan penyanyi berkenaan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain