suria

“Andy Teh kawan yang baik” – Chacha Maembong belum fikir soal jodoh, lebih fokus kerjaya

Chacha sifatkan Andykan sebagai seorang sahabat yang baik.

SELESA menjalinkan hubungan sebagai sahabat, pelakon Chacha Maembong bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh selepas dikatakan makin rapat dengan aktor Andy Teh.

Bagi Chacha atau Siti Aishah Ismail, 30, sasaran utamanya kini lebih tertumpu kepada kerjaya seni sebagai pelakon.

“Nak cakap soal dah sampai jodoh, saya tidak berani nak komen sebab perkara itu belum berlaku. Saya serahkan semuanya kepada Allah untuk tentukan mana yang terbaik.

Chacha belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. 

“Sasaran saya untuk 2026 adalah bekerja lebih keras. Saya juga ada impian sendiri. Jadi soal jodoh belum terfikir lagi dan saya selesa berkawan dengan semua orang,” katanya.

Chacha mengulas perkara itu selepas Andy sendiri sebelum ini memberitahu mereka masih dalam fasa mengenali dan tidak menolak sekiranya bertemu jodoh.

Andy juga menyifatkan Chacha sebagai seorang rakan yang baik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Chacha Maembong miliki ciri-ciri idaman, Andy Teh tidak menolak jika bertemu jodoh 

ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong belum sedia dedah identiti teman lelaki... "Bila terlalu terbuka, ada yang tak suka" 

Bercakap tentang perkara tersebut, menurut Chacha, itu adalah pendapat peribadi Andy sendiri mengenai hubungan mereka.

“Saya no comment tentang kriteria yang dia katakan. Itu apa yang dia rasakan.

“Kami berkawan, tidak pernah berlakon bersama tetapi pernah berjumpa di sebuah acara.

Saya serahkan semuanya kepada Allah untuk tentukan mana yang terbaik

CHACHA MAEMBONG 

PELAKON 

“Dia kawan yang baik dan faham tentang kerjaya kami. Dia juga seorang yang kuat bekerja,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi tentang harapan dalam kerjaya seni, Chacha kini rancak menyusun langkah agar setiap watak dalam lakonannya memberi kesan kepada penonton.

Chacha memberi tumpuan penuh kepada perkembangan kerjaya seni. 

Dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Dendam Seorang Mentua. 

“Saya mahu menjadi versi yang lebih baik daripada sebelum ini. Syukur telah dapat apa yang diidamkan, cuma saya mahu selepas ini setiap watak yang dibawakan memberi impak kepada penonton,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain