PENYANYI Datuk Syafinaz Selamat mengakui tahun 2026 menjadi titik perubahan buat dirinya apabila memilih untuk memberi lebih perhatian kepada kebahagiaan serta keperluan diri sendiri selepas sekian lama mengutamakan orang lain.Menurut Syafinaz, 53, keputusan itu dibuat selepas menyedari dirinya sering mengetepikan keperluan peribadi demi memastikan urusan dan tanggungjawab orang lain diselesaikan terlebih dahulu. “Mungkin tahun ini saya mahu lebih fokus pada diri sendiri sebab selama ini saya selalu utamakan orang lain dulu.Syafinaz rancang keluar single baharu.“Milsanya kalau projek atau kerja saya akan siapkan orang lain punya dulu, jadi untuk tahun ini saya nak lebihkan diri saya.“Kadang-kadang bila terlalu mendahulukan orang lain, kita lupa tentang diri sendiri. Jadi tahun ini adalah waktu tepat untuk fikir fasal diri saya sebelum pergi meninggalkan dunia ini,” katanya kepada mStar.Syafinaz berkata, dia merancang untuk mengeluarkan lagu baru selepas beberapa tahun menangguhkan projek muziknya.Tambahnya, penangguhan itu berlaku kerana proses promosi kini memerlukan masa yang lebih panjang berbanding zaman dahulu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Persembahan Syafinaz teruk kena kecam, guru vokal pun boleh buat silap - “Saya setuju netizen cakap tak sedap”ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji penampilan Syafinaz Selamat di GV9, rupanya sejak kecil dah pandai bergaya“Mungkin selepas ini saya harap dapat keluarkan lagu. Sebenarnya lagu baharu dah ada tapi nak keluarkan tiada masa. “Lagi-lagi nak promosikan lagu ambil masa. Zaman sekarang bukan setakat ke radio sahaja, cara promosi sekarang sangat berbeza dari zaman dulu.“Muzik saya pun sangat berbeza daripada muzik orang lain, jadi kena fikir macam mana nak tembusi pasaran yang berbeza ini,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube