PENYANYI Elyana meluahkan rasa berang apabila ada pihak yang berani mempersendakan rupa fizikal anaknya, Cahaya Ramadhani. Kata Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 39, meskipun Cahaya adalah anak angkat namun bukan alasan dia menjadi bahan kecaman mana-mana pihak. "Dengar sini ya! Aku besarkan anak, tak pernah minta ihsan atau belas daripada sesiapapun selama ini. Perkongsian Elyana di Instagram. "Jadi kenapa biadab sangat? Adakah anak aku merugikan korang? Kau hebat sangat ke jadi anak Melayu?" katanya. Elyana meluahkan perkara tersebut dalam hantaran di InstaStory miliknya pada Selasa. Malah dia secara terbuka mendedahkan wajah seorang pengguna media sosial yang meninggalkan komen tentang warna kulit Cahaya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak jadi sumber kekuatan, Elyana kembali bertarung melawan kanser ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak buat jahat terhadap anak angkat, Elyana tak akan maafkan - “Anda tahu siapa anda”Bahkan menurutnya dia sudah lama berdepan dengan tekanan komen sebegitu. "Sejak budak ini kecil, sampai 7 tahun aku besarkan. Tak habis-habis tekanan korang beri. kau ingat anak angkat, tiada perasaan ke?"Aku banyak pendam selama ini. Tapi semakin menjadi-jadi perangai syaitan ini," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube