suria

Pelakon lelaki kantoi dengan teman wanita, rupanya dah berkahwin... Cik A rugi puluhan ribu sebab kesian

Pelakon tersebut tidak mengaku dia rupanya sudah berkahwin.

SEORANG pelakon lelaki berasal Korea Selatan didakwa memperdaya teman wanitanya dengan menyembunyikan status sebenar sebagai suami orang.

Pendedahan itu dibuat menerusi program Crime Chief selepas seorang wanita dikenali sebagai Cik A mendakwa menjadi mangsa penipuan teman lelakinya.

Hubungan rumah tangga pelakon itu dikatakan tidak dalam keadaan baik. 

Menurut laporan, lelaki tersebut bukan sahaja menyembunyikan perkahwinannya, malah turut berbohong dengan mendakwa dirinya sudah bercerai selepas perkara itu terbongkar.

Difahamkan, hubungan mereka bermula selepas Cik A menonton pementasan teater lakonan lelaki berkenaan sebelum hubungan menjadi semakin serius. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon berdepan hutang RM5 juta, didakwa tak bayar bahan mentah restoran

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon senior bongkar kisah gelap, terjebak dengan dadah sejak sekolah menengah

Lebih mengejutkan, keluarga Cik A turut memberi sokongan kewangan kerana menyangka pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Namun, kebenaran akhirnya terbongkar apabila Cik A mengetahui lelaki itu sebenarnya masih berstatus suami orang dan hanya tinggal berasingan dengan isterinya.

Sepanjang tempoh menjalin hubungan, wanita tersebut dilaporkan mengalami kerugian besar selepas memberikan wang mencecah puluhan ribu kepada lelaki itu atas dasar ingin membantu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain