suria

Porsche hadiah buat isteri, netizen minta Kanye West beli baju untuk Bianca

Kanye menghadiahkan Bianca kereta Porsche.

PEMINAT menyelar tindakan penyanyi rap Kanye West apabila membelikan isterinya sebuah kereta mewah jenis Porsche baru-baru ini.

Ramai merasakan isterinya iaitu Bianca Censori tidak memerlukan kereta mewah kerana wanita itu sentiasa bersama penyanyi rap berkenaan.

Sebaliknya apa yang diperlukan Bianca adalah pakaian kerana wanita itu sentiasa dilihat separuh bogel atau memakai pakaian pelik ketika keluar di tempat awam.

kanye2 - 1

Kanye dan Bianca sering mendapat perhatian netizen.

"Daripada beli kereta, apa kata beli pakaian baru untuk isteri awak Kanye! Rasanya Bianca akan rasa lebih gembira.

"Apa gunanya belikan isteri kereta kalau dia tak boleh pandu. Bukankah setiap masa Bianca akan berkepit dengan Kanye?

ARTIKEL BERKAITAN: Pete Davidson terima rawatan mental trauma 'diserang' Kanye West

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian edit kapsyen IG selepas dikecam minat seni bina, netizen kaitkan isteri baharu Kanye West

"Belikan Bianca pakaian. Itu benda paling diperlukannya ketika ini," komen netizen.

Untuk rekod, Kanye dan Bianca berkahwin pada awal 2023.

Penyanyi rap itu pernah berkahwin dengan Kim Kardashian pada 2014 namun bercerai enam tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm West.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain