suria

Foto mesra laga pipi tersebar, Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron didakwa sedang bercinta

Soo Hyun dan Sae Ron didakwa sedang jalin hubungan cinta.

SEDANG kecoh dalam kalangan peminat apabila foto mesra pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron tersebar.

Penularan foto tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk mengatakan pasangan itu sebenarnya sedang hangat bercinta.

Apatah lagi gambar swafoto mereka menampakkan kemesraan seperti sepasang kekasih dan berlaga pipi dalam foto tersebut.

size NP 1 (94)

Swafoto Sae Ron dan Soo Hyun tersebar di media sosial selepas di muat naik di Instastory aktres berkenaan.

Sae Ron dilaporkan memuat naik gambar berkenaan di Instastory miliknya sekitar pukul 1 pagi namun hantaran tersebut dipadam selepas 23 saat.

Dipercayai Sae Ron memuat naik gambar berkenaan secara tidak sengaja dan sekali gus telah mendedahkan hubungannya dengan Soo Hyun.

Sementara itu, pihak pengurusan Soo Hyun iaitu Gold Medalist menyangkal pasangan itu sedang bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun dituduh jadi pembunuh dalam ‘One Ordinary Day’

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun tolak tawaran Netflix berlakon watak pembunuh psiko

Pihak agensi tersebut juga tertanya-tanya niat di sebalik tindakan Sae Ron memuat naik gambar tersebut yang didakwa dirakam beberapa tahun lalu.

"Gosip berkaitan Soo Hyun adalah tidak berasas dan gambar yang tersebar diambil ketika mereka masih lagi dibawah agensi sama sebelum ini.

"Kami sendiri tidak pasti niat Sae Ron memuat naik foto tersebut," kata wakil syarikat berkenaan.

size NP 1 (96)

Agensi Soo Hyun menafikan aktor itu dan Sae Ron sedang menjalinkan hubungan cinta.

Pihak pengurusan Soo Hyun juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak menyebar fitnah sehingga boleh merosakkan imej dan reputasi pelakon tersebut.

"Akibat penularan gambar tersebut banyak kekeliruan dan spekulasi yang tidak benar timbul.

"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba merosakkan imej Soo Hyun.

"Kami mohon tahan diri anda semua daripada bercakap atau menyebarkan fitnah mengenai mereka berdua," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain